Ƨωɛɛт Ƥσтαтσ

trend orng couple =)
Friday, 20 July 2012 ? 0 Budak Comel ?
Couple adalah satu istilah dimana dua orang manusia,lelaki dan perempuan bercinta. Tapi,ada beberapa trend yang kerap ada di dalam perhubungan couple ni. Kalau anda pun bercouple,anda pasti susah nak nafikan apa yang aku tulis ni,sekurang-kurangnya,mesti ada dua kena dengan anda.

1) Semua couple dimulakan dengan salah seorangnya meminta. Yang ni fakta yang susah nak ditentukan sebab ada yang lelaki mintak,ada yang perempuan mintak. Jarang sangat dengar orang minta kapel ni sebab dia tak suka dengan orang tu. Kalau lelaki,mesti dia suka kat perempuan tu. Kalau perempuan,dia mesti suka kat lelaki tu. Tak pernah pulak dengar orang minta kapel sebab nak minta sedekah.

2) Ada orang accept sebab dia pun sukakan orang tu. Ada jugak accept sebab dia tak fikir panjang. Ikut nafsu je. Sebab masa tengah minta kapel tu, dia tengah stim. Jadi dia pun accept je sampai tak fikir benda tu berkesan dalam masa yang panjang. Ada orang tu accept sebab simpati dan tak sampai hati nak sakitkan hati lelaki tu. Ini adalah kebaikan paling celaka yang pernah aku dengar.

3) Ayat dia straight,ada yang tak straight. 'Kita kapel nak?' itu ayat biasa. 'Jom kita ke langkah seterusnya tak?' ini ayat yang biasa tapi agak istimewa. 'saya pun dah takde orang lain. jom kita sama-sama nak?' ini ayat yang luar biasa dan hanya orang yang mahu mencuba sahaja guna ayat ni.

4) Bila dah kapel,mesti nak ingat tarikh. Aku pelik betul lah. Lepas kapel,terus je letak kat henfon ke,letak dalam diari ke,tarikh hari diorang kapel. Padahal baru kapel je kan. Dah letak anniversary la,tarikh keramat la. Lepas setahun,boleh pulak sambut tu. Siap bagi hadiah lah, makan-makan lah. Kononnya nak sambut la tarikh diorang anniversary tu.

5) Panggilan mesti kena lain. Kalau sebelum kapel,aku-kau, kalau dah kapel,confirm lain. Antara panggilan yang biasa adalah, sayang,ayang,babi...eh,baby dan panggilan nama. Panggilan yang paaaaling aku cukup menyampah sekali adalah mama-papa. Macam haram.

6) Setiap minit,mesti mesej. Setiap malam mesti call. Jarang aku dengar orang kapel tak topap atas RM20. Paling koman pun seminggu mesti habis RM20. Call mesti tiap-tiap malam. Diorang mesej setiap masa,tapi tak pernah jemu. Tak tahu apa yang diborakkannya. Selalunya memang takde poin. Hanya bincang-bincang,gurau-gurau, borak-borak pasal cerita diri sendiri.

7) Kat Facebook,dah mula letak in relationship. Advance sikit, letak engaged. Lagi gerun,letak married. Aku boleh maafkan yang letak in relationship. Tapi yang letak married tu aku amat ralat sikit. Aku faham,perempuan/lelaki tu dah confirm akan jadi pasangan suatu hari nanti, tapi tunggulah dulu kan. Tunggu dulu nak letak married tu. Engaged tu maseh boleh tahan lagi kan. Agaknya,kahwin dulu baru nikah kot.

8) Kalau dah couple, yang perempuan tu dah takde lagi perasaan malu. Dia akan send gambar dia tak pakai tudung tatkala dia ada dalam bilik tak pun kat kawasan dalam rumah,padahal kat luar bertudung litup. 'rambut aku khas untok pakwe aku je' Trend ni dah biasa dah. Selalu lelaki bertambah-tambah bernafsu tengok awek dia ambik gambar tak pakai tudung. Yang buruk perangai sikit,hantar gambar bogel.

9) Berkongsi password. Itulah trend kapel zaman sekarang. Password facebook,mesti kena kongsi. Jadi, sipakwe boleh bukak awek dia punye facebook,dan siawek boleh bukak pakwe dia punye facebook. Kadang-kadang, kalau orang nak chatting,kena tanya dulu,sama ada yang lelaki ni awek dia,atau lelaki tu. Maka,privasi kedua-dua umat ini hancur lebur. Semua dikontrol. Si pakwe tak boleh nak saja saja add perempuan lain.Lagi-lagi yang cantik cantik. Yang perempuan pun sama. Aku pernah ada kes,kawan aku ni kapel,tapi dia takut sangat nak add perempuan lain sebab takut awek dia marah. Aku tak paham betul bab ni. Kalau dah terkongkong sangat, baik tak payah kapel. Jadi semut api je senang. Curik gula je.

10) Mak ayah mesti akan tau pasal perhubungan tu. Benda ni pun jadi satu green light. Aku tak nak komen banyak sangat pasal ni. Sebab aku akan komen untok post seterusnya.

11) Mesti kena dating. Kalau dating,mesti main boling kejap,wayang kejap, makan tu selalulah kan.

12) Mesti ada gambar berdua. Kalau tak dapat gambar berdua,mesti edit gambar untok menjadikan gambar itu berdua.


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post